Rabu, 21 Jun 2017

(K33) APAKAH fahaman kebangsaan Melayu yg diperjuangkan oleh UMNO bertentangan dengan Islam

Pada satu ketika dengan sewenang-wenang PAS menudoh - hukumkan "Kebangsaan" (bangsa-bangsa malaysia - Nasionalis) yang menjadi dasar perjuangan UMNO itu adalah Sesat dengan memutar belitkan maksud "Assobiyyah"... Padahal "Assobiyyah" itu bukan bermaksud Kebangsaan : Nasionalis... sebaliknya puak : berpuak-puak...
... Betapa jahil & buroknya perangai pemuka politik PAS masa itu, malah sampai sekarang ini masing lagi kedengaran...
///
Ab Sheikh Yunan.

///
[ Abeli Yasin ]
APAKAH fahaman kebangsaan Melayu yg diperjuangkan oleh UMNO bertentangan dengan Islam ? dan adakah ia sama dengan fahaman assobiyyah yg dilarang dalam Islam ?, Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memahami secara ilmiah apakah dia fahaman kebangsaan dan apakah assobiyyah yang dilarang itu. Kekeliruan dalam persoaalan ini timbul sama ada disebabkan oleh maklumat tentangnya hanya bertaraf ' cakap kedai kopi '', atau disebabkan sikap assobiyyah yg diamalkan oleh penentang UMNO untuk menegakkan kumpulan : puak mereka dengan cara memburuk dan menimbulkan kebencian terhadap pihak lain sesama bangsa.

Apakak Dia Assobiyyah Yang Dilarang ?

Sebelum memperkatakan mengenaai fahaman kebangsaan Melayu, terlebih dahulu kita perlu memahami assobiyyah yg dilarang dalam Islam.

Persoalan ini sebenarnya telak diterangkan dengan begitu jelas oleh Rasulullah SAW sendiri, dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud Al Asqa; beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: '' Wahai Rasulullah SAW! Apakah yang dimaksudkan dengan assobiyyah? Rasulullah SAW menjawab ,Assobiyyah itu ialah kamu menolong saudara kamu dalam melakukan kezaliman.'' [ Riwayat Abu Daud ]  

Penjelasan Rasulullah SAW mengenai assobiyyah yg dilarang ini sangat jelas sehingga tidak meninggalkan sebarang ruang lagi untuk berijtihad mengenainya dan membuat tafsiran yg lain daripada apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW sendiri.

Sesiapa yg memberi penjelasan yg berlainan daripada apa yg telak dijelaskan oleh Rasulullah SAW diatas, bermakna ia menyanggah Hadith Rasulullah SAW sendiri ataupun melakukan pembohongan terhadap Rasulullah SAW. Jelas sekali UMNO sebuah pasrti yg memperjuangkan ISLAM. BUKAN PAS...?

Makna Assobiyyah yg dilarang, diperjelaskan lagi dalam sebuah hadith lain yang juga diriwayatkan oleh Abu Daud : '' Sesiapa yang menolong kaumnya bukan atas dasar jalan yang hak (kebenaran, kebaikan, kebajikan), maka ia menjadi seperti unta yang jatuh ke dalam telaga, lalu ia cuba diselamatkan dgn menarik ekornya. [ Riwayat Abu Daud ]

Maksud perbandingan ini ialah: Orang yang menolong kaumnya atas jalan yg tidak benar, maka ia terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan tidak akan dapat diselamatkan.

Hadith di atas disebut oleh Abu Daud dalam tajuk '' Bab Fi l Assobiyyah'' [ Bab pada Menyatakan Assobiyyah ] Para ulama' yang mensyarahkan hadith tentang assobiyyah membuat tafsiran yang sama dengan penjelasan yg dibuat oleh Rasulullah SAW.

Saya ingin memetik di sini huraian dari kitab '' Aunul Maabud' yang mensyarahkan kitab '' Sunan Abi Duad'' sabda Rasulullah SAW : '' Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada assobiyyah, buka daripada golongan kami orang berperang atas jalan assobiyyah, dan bukan dari golongan kami orang yang mati atas jalan assobiyyah.'' Waya'an.unzubillah...Apa sudah jadi nasib org yg bersokokong dengannya semasa berdoa beramai-ramai dalam stadiuam kota Bharu tempoh hari....?

'' [ Kepada assobiyyah ] Al Manawi berkata: iaitu orang yang menyeru manusia supaya berkumpul atas jalan assobiyyah. iaitu menolong (puak) orang yang zalim.'' 

'' [ Orang yang berperang atas dasar assobiyyah (puak) ] iaitu atas jalan yang batil.''   

Dengan pengertian assobiyyah seperti yang dihuraikan di atas, bagaimana pula perjuangan UMNO menyatu padukan orang Melayu yang merupakan kelompok Islam terbesar untuk menentang penjajah, memerdekakan tanahair, melepaskan tanggungjawab fardhu kifayah ke atas umat Islam yg mewujudkan pemerintahan yang memberi perlindungan dan menjaga kepentingan rakyat, disifatkan sebagai perjuangan assobiyyah yang batil? 

Maka pendapat saya betul apa yg dikatakan oleh para ulama hukum haram sesiapa yg bersokokong dengan pembangkang cuba meruntuhkankan perpaduan ummah [ MELAYU ].

Apakah Dia Fahaman Kebangsaan Melayu?

Fahaman kebangsaan ialah satu pemikiran yang mendorong seseorang itu menumpukan kesetiaan yg sepenuhnya kepada sesebuah negara (Nasionalis).  Ia merupakan satu ikatan yg kuat kepd ibu pertiwi, kepada tradisi-tradisi tempatan dan biasanya kepada yg berhak kuasa di negara itu. Pertalian bangsa, bahasa dan agama selalunya menjadi unsure kepada fahaman kebangsaan.  Pengalaman bersama menerusi peristiwa-peristiwa dalam sejarah sesebuah negara itu seperti menentang penjajahan, boleh menolong mewujudkan ataupun memperkuatkan fahaman kebangsaan.  Pengalaman bersama menerusi peristiwa-peristiwa dalam sejarah sesebuah negara itu seperti menentang penjajahan, boleh menolong mewujudkan ataupun memperkuatkan fahaman kebangsaan.

Pemikiran inilah yang dikatakan fahaman kebangsaan. Segala unsur ini boleh mencetuskan satu pemikiran yg mengaitkan, menggabungkan malah mempadukan satu kumpulan manusia (berbagai bangsa). Pemikiran inilah yang dikatakan fahaman kebangsaan (bangsa-bangsa negara).

Fahaman kebangsaan boleh melahirkan perasaa cinta terhadap tanahair, perasaan bangga terhadap negara dan ia boleh mendorong kita kepada usaha yg lebih gigih demi kemajuan ibu pertiwi, malah kita rela mengorbankan nyawa untuknya.''

Salah satu unsur terpenting dalam fahaman kebangsaan Melayu ialah agama  tauhid (ad-deen) & I'ttiqad yang diredhai Allah Islam (al-Islam). Oleh sebab itulah, menerusi perjuangan yang berasaskan kepada fahaman kebangsaan Melayu, maka termaktub dalam perlembagaan MALAYSIA bahawa takrif seorang melayu itu ialah: Ia mesti beragama tauhid (ad-deen) & beri'ttiqad dengan i'ttiqad yang diredhai Allah Islam (al-Islam). Juga Agama & Islam dimartabatkan menjadi Agama tauhid rasmi persekutuan. 

Daripada unsur-unsur yang membentuk fahaman kebangsaan seperti kesetiaan kepada tanahair, keta'atan kepada pemerintah, perjuangan membela bangsa & kebangsaan dan menentang penjajahan serta perpaduan kaum, yang manakah dianggap bertentangan dengan Islam? pada hakikatnya, mohon yg bijak pandai sebelah sinuuuuun jawab? 

Perkara-perkara yang disebutkan itu memenuhi matlamat Islam khususnya dalam bidang pemerintahan atau siasah syar'iyah, seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Aqil:

'' yang dimaksudkan dengan siasah syar'iyah ialah apa-apa perkara yang membawa kebaikan kepada manusia serta menjauhkan mereka dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Radulullah SAW dan tidak diturunkan wahyu mengenainya [ secara khusus ] .''

Menurut prinsip siasah syar'iyah apa saja yang membawa kebaikan kepada umat , boleh diamalkan tanpa perlu mempunyai dalil yang khususnya dalam Al-Quran dan Sunnah asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Seperti yang ditegaskan oleh Ibnu Aqil: '' Dalam hal yang berkaitan dengan urusan pemerintahan , pandangan yang menyatakan harus beramal dengan siasah syar'iyah adalah merupakan pendapat yg kuat, mana-mana imam mazhab tidak ketinggalan dari memperakuinya.'' @ Imam-Iman mazhab tidak berselisih pendapat tentangnya.

Sama sama lah kita hidup demi Agama Bangsa dan Negara. anda BERMARUAH, Malah perjuangan membela kaum sendiri adalah satu perjuangan yang terpuji dalam Islam, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith: '; Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan suku kaumnya, selagi yang dipertahankan itu bukan perkara yang berdosa.'' [ riwayat Abu Daud ]

Demikian juga kasih kepada bangsa yang mendukung dan mempertahankan Islam adalah sebahagian dari tuntutan iman. Ini dapat difahamkan dari hadith -hadith berikut:- '' Kasih kepada bangsa Quraisy tanda Iman.'' [ Riwayat At Tabrani ]

'' Kasih kepada Ansar [ bangsa 'Aus dan Khazraj ] adalah tanda Iman.'' [ Riwayat An Nas'ie ]

Sesiapa yang boleh menafikan bahawa dalam konteks Malaysia, bangsa yang mendukung, memperjuang dan mempertahankan Islam adalah bangsa Melayu? dan apa yang dinamakan perjuangan kebangsaan Melayu itu tidak lebih dari perjuangan mempertahankan dan memperkukuhkan bangsa ini serta segala yng membentuk identiti-nya terutama sekali agama tauhid & i'ttiqad yang diredhai Allah Islam itu sendiri ?.

Abu Uqbah-seorang sahabat keturunan Parsi- menceritakan: '' Aku ikut serta dalam perang Uhud bersama Rasulullah SAW , lalu aku memancung seorang tentera musyrik sambil bertempik: '' Nah ! Terimalah pukulan ini dariku, aku anak Parsi.'' Lalu Rasulullah SAW berpaling kepadaku, seraya bersabda: '' Mengapa tidak engkau kata : Nah ! Terimalah pukulan ini dariku, aku anak Ansar.'' [ Riwayat Abu Daud ]

Dalam peristiwa ini, Uqbah berbangga dengan kebangsaan asalnya iaitu Parsi dengan tujuan membangkitkan semangat patriotik dan kebaranian dalam peperangan menegakkan Islam. Perbuatan ini tidak dilarang oleh Rasulullah SAW kerana ia selari dengan matlamat Islam. 

Hanya Baginda menunjukkan kepadanya yang lebih baik iaitu berbangga dengan kebangsaan barunya Ansar. Ini memandangkan bangsa Parsi belum lagi menganut Islam pada waktu itu. MasyaAllah......

Terdapat kekeliruan dan kesamaran antara sikap takbur dan bermegah yang dilarang dengan bangga yang membawa makna ketinggian atau Al Izzah yang dipuji dalam Islam, seperti yang tersebut dalam ayat 8, dari surah Al Munafiqun: '' Dan bagi Allah SWT ketinggian , bagi RassulNya dan bagi orang-orang Mukmin.'' [ Al Munafiqun: 8 ] 

Menurut tafsir Al Fakhr Ar Razi. '' Izzah berlainan daripada takbur, tidak halal bagi seseorang Mukmin itu merelakan kehinaan bagi dirinya. Izzah menyerupai takbur dari segi bentuknya tetapi bebeza dari segi hakikatnya. Takbur adalah dicela, manakala izzah adalah sifat terpuji.''

Hadith-hadith yang melarang umat Islam bermegah dengan orang-orang yang terdahulu tertumpu kepada mereka yang mati pada zaman jahiliah, seperti yang tersebut dalam hadith-hadith berikut: Kaum-kaum yang bermegah dengan bapa-bapa mereka yang telah mati, hendaklah berhenti daripada berbuat demikian kerana mereka [ yang telah mati itu ] hanyalah merpakan kayu api bagi neraka jahannam.'' [ Riwayat At Turmudzi ]

'' Janganlah kamu bermegah dengan bapa-bapa kamu yang telah mati pada zaman jahiliah.''

Beasaskan huraian-huraian di atas, maka slogan-slogan yang digunakan oleh UMNO untuk menyemarakkan semangat perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair , seperti '' Hidup Melayu '', '' Merdeka '', '' Kita Anak Melayu '' dan sebagainya adalah selari dengan matlamat Islam.         
///
Ab Sheikh Yunan,
Abeli Yasin.      

Tiada ulasan:

(47) BID,AH VS BID,AH...ATAU SESAT VS SESAT.

Bila jabatan agama Perlis serbu markas Pas di negeri itu.. sebenarnya kumpulan bid,ah serbu kumpulan bid,ah yang lain. Bid,ah tak ada dal...