Jumaat, 17 November 2017

Perkara perkara yang menghalang si Salik sampai kepada Allah Taala juga terlalu banyak , antaranya ia lah : Syirik khafi, Riyak, Sum'ah, Ujub, Suqud dan Hujub.



Sabda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ
“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik kecil (khafi)”, para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apa itu syirik kecil ? Rasulullah menjawab : “Riya’” (Ujub, Suma'ah, Takabbur). [HR. Ahmad]


A049 
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuja, memuji, menyucikan & menghapuskan dosa) diri sendiri? (kaum, puak, jemaah, partinya, padahal perkara itu bukan hak / kekuasaan manusia) bahkan Allah jua lah yang berhak membersihkan (memuja,memuji, menyucikan & menghapuskan dosa) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:49


a. Syirik khafi iaitu syirik yang tersembunyi (samar2), dengan mengatakan semua perbuatan makhluk itu adalah terbit daripada makhluk tanpa daripada Allah Taala. Sedangkan pada hakikatnya segala perbuatan itu semuanya terbit daripada Allah Taala. Semua perbuatan makhluk itu seolah olah alat perbuatan Allah Taala. Maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat.

b. Riyak ertinya menunjuk nujukkan ibadatnya kepada orang lain atau ada udang disebalik batu selain daripada Allah Taala meskipun syurga.

c. Sum'ah ertinya memberitahu ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala kepada orang lain untuk mendapat sanjungan, pujian dan kemuliaan.

d. Ujub ertinya memperbesarkan dan memperbanyakkan ibadatnya, padahal ia lupa bahawa perbuatannya itu adalah dari nikmat daripada Allah Taala.

e. Suqud oleh sebab wukuf maal ibadah ertinya terdinding dan terhenti kerana memandang ibadat yang dilakukannya itu daripada dirinya tanpa melihat bahawa perbuatannya itu adalah nikmat daripada Allah Taala.

f. Hujub ertinya terdinding kepada cahaya, perhiasan,dan keelokkan ibadatnya kerana setiap amal ibadat mempunyai cahaya perhiasan dan keelokkannya. Maka sisalik hanya berhenti setakat itu sahaja kerana memandang perhiasan dan Keelukkan amal Ibadatnya. Malahan ia berasa gembira dengan amal itu hingga lupa kepada Allah Taala.

Tegasnya, siSalik tidak akan terlepas daripada perkara perkara yang membahaya itu melainkan dengan syuhud dan memandang bahawa semua perbuatan itu terbit daripada Allah Taala.

///

Tiada ulasan:

(47) BID,AH VS BID,AH...ATAU SESAT VS SESAT.

Bila jabatan agama Perlis serbu markas Pas di negeri itu.. sebenarnya kumpulan bid,ah serbu kumpulan bid,ah yang lain. Bid,ah tak ada dal...