Isnin, 11 Jun 2018

ORANG WARAK YANG BURUK DAN JAHAT (pada qalbunya Ujub, Riya', Sum'ah, Takabbur - manusia Iblis) & JENIS2 ULAMA MENGIKUT NABI SAW.

Di dalam satu Hadis di ceritakan..."Pada zaman Nabi terdapat seorang yang kelihatan sangat warak dan kuat ibadat, semua sahabat memuji nya termasuk abu Bakar dan Umar, mereka memujinya dalam majlis yang Rasullullah hadir.. di hadapan nabi saw.. Para sahabt hairan kerana nabi saw tidak menyuruh contohi orang yang di katakan warak itu, tak semena2 orang yang di di katakan warak dan kuat ibadat oleh Abu bakar dan Umar itu datang ke majlis itu.. Rasululah saw melihatnya dan baginda berkata.."tetapi aku melihatnya ada bercampur iblis" Rasulullah saw pun mendekati orang warak itu dan berkata..
"Engkau di mana2 majlis menyangka engkau lah paling alim dan warak". Orang itu pun mengaku apa yang di katakan nabi saw dan terus beredar.

Rasulullah saw pun berkata pada para sahabat, "Siapa yang dapat membunuh orang ini.. umat ku takkan berpecah belah". Mendengar itu Siidina Abu bakar segera mencari orang itu untuk membunuhnya, tetapi tak lama kemudian pulang semula tanpa ada darah di pedangnya, Abu Bakar berkata orang sedang solat di tengah padang pasir dan dia tak dapat bunuhnya, kemudian Umar pula pergi kemudian pulang semula juga tanpa darah di pedangnya, kata Umar orang itu sedang sujud di atas pasir dengan itu Umar juga tak dapat bunuhnya, Ali pula pergi untuk bunuhnya, kemudian kembali juga tanpa pedang nya ada darah..kata Ali orang itu telah pergi. Hadis riwayat Ahamd Ibnu Hanbal..

Jadi bukan semua orang yang nampak warak itu baik mereka adalah manusia buruk dan nabi suruh bunuh.

Masaalahnya nabi kenal campuran iblis dalam kewarakan seseorang dan tidak abu bakar, Umar dan Ali walau pun mereka ini juga wali2 allah dan ahli ilmu kasyaf dan sebagainya, terutama Ali, apa lagi kita.dan semua umat lslam belakang hari tentu tak dapat kesan campuran iblis pada orang yang kelihatan warak dan alim. Tak tau lah pula para sahabat sembunyi pengetahuan mereka supaya cerita ini berlaku dan jadi pengajaran kepada umat islam...ada juga seorang pakar maana hadis2 prophecias atau hadis2 masa hadapan ini.. iaitu Hudzaifah Bin yaman bertanya seseorang tentang erti hadis masa hadapan..

Hudzaifah tahu maana hadis itu, tetapi belaiu sengaja bertanya untuk membuat orang faham maksud hadis itu. Mungkin juga ada orang kata Hadis cerita orang warak ini palsu atau apa2 yang mereka suka. Tetapi hadis yang ada dalam pasaran adalah benar, kerana hadis telah di kelaskan dengan baik setelah 60 tahun nabi saw wafat, dan semua negara Islam kawal hadis palsu yang bilangan 200,000 itu keluar kepasaran dan biarkan 400,000 yang benar beredar di kalangan umat Islam. Dan pula sejarah umat Islam selepas Rasulluah di dapati penggunaan kewarakan dan kealiman untuk tujuan politik memang berlaku, terutama dikalangan umat i'ttiqad Syiah dan umat Wahabi dulunya, semasa revolusi politik mereka termasok Khomeini. seorang ulama Syiah dan sekali gus ahli politik Syiah... dan guna warak dan alim dan ini juga berlaku di Malaysia dan memecah belahkan umat Islam di Malaysia dalam faham agama dan juga politik.

Ini membenarkan Hadis ini adalah bukan hadis palsu, kerana telahan hadis ini benar berlaku di kemudian hari. Abdul kareem Sorous seorang pensyarah theology di universiti Havard, Amerika melarikan dari Iran diri ke Amerika ..setelah di ganggu oleh puak2 revolusi Iran.. berkata i'ttiqad syiah perlu revolusi Agama...pembaikan Agama..berbanding politk. Beliau adalah seorang Syiah yang bertukar dari Syiah kepada Sunni. I'ttiqad Syiah menjadi rosak binasa kerana campukan Politik (as-siasah) dan Agama (tauhid)..Wahabi juga serupa saja.

JENIS2 ULAMA MENGIKUT NABI SAW.
عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : العلماء ثلاثة - رجل عاش بعلمه وعاش الناس به. ورجل عاش الناس به وأهلك نفسه . ورجل عاش بعلمه ولم يعش يه غيره.
(أخرجه الديلمي في مسند الفردوس)

Ertinya :
Daripada Anas radhiallahu ‘anhu bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “ Ulama itu ada tiga jenis– Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (yang mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dengan ilmunya”. H.R Ad-Dailami


انامن غيرالدجا ل اخوف عليكم من الدجال فقيل وماهويارسول الله فقال علمأ السؤ . - الحديث.
Ertinya, “Apa yang aku takuti atas kamu selain dari Dajjal (PENIPU) ialah sejenis Dajjal (PENIPU)yang lain”. Maka ditanya kepada Rasulullah, “Siapa mereka ya Rasulullah ?”. Rasulullah berkata. “Ulama-ulama yang buruk”.

Anas bin Malik ra. menuturkan sebuah hadis:
ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣَﺎﻧِﻬِﻢْ ﺭِﺑْﺤﺎً ِﻟﻸَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻻَ ﺃَﺭْﺑَﺢَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺗِﺠَﺎﺭَﺗَﻬُﻢْ
Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’ mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu. (HR al-Hakim)

Sayidina Anas ra juga meriwayatkan:
ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎﺀُ ﺃَﻣَﻨَﺎﺀُ ﺍﻟﺮُّﺳُﻞِ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳُﺨَﺎﻟِﻄُﻮْﺍ ﺍﻟﺴُّﻠْﻄَﺎﻥَ ﻭَ ﻳُﺪَﺍﺧِﻠُﻮْﺍ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﺎِﺫَﺍ ﺧَﺎﻟَﻄُﻮْﺍ ﺍﻟﺴُّﻠْﻄَﺎﻥَ ﻭَ ﺩَﺍﺧَﻠُﻮْﺍ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﻘَﺪْ ﺧَﺎﻧُﻮْﺍ ﺍﻟﺮُّﺳُﻞَ ﻓَﺎﺣْﺬَﺭُﻭْﻫُﻢْ ﻭَﻓِﻲْ ﺭِﻭَﺍﻳَﺔٍ ﻟِﻠْﺤَﺎﻛِﻢِ ﻓَﺎﻋْﺘَﺰِﻟُﻮْﻫُﻢْ
Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka. (HR al-Hakim)

ﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ: ﺇﻥ ﺃﺧﻮﻑ ﻣﺎ ﺃﺧﺎﻑ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﻣﺔ ﺍﻟﻤﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ. ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻭﻛﻴﻒ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﺎﻓﻘﺎً ﻋﻠﻴﻤﺎً؟ ﻗﺎﻝ : ﻋﻠﻴﻢ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺟﺎﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﻌﻤﻞ .
Sayyidina Umar Bin Khoththob ra berkata “Sesungguhnya paling mengkhawatirkannya yang aku khawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”
Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”
Sayyidina Umar menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amaliahnya”

Riwayat lain dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
ﻣَﻦْ ﺗَﻌَﻠَّﻢَ ﻋِﻠْﻤًﺎ ﻣِﻤَّﺎ ﻳُﺒْﺘَﻐَﻰ ﺑِﻪِ ﻭَﺟْﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﻻَ ﻳَﺘَﻌَﻠَّﻤُﻪُ ﺇِﻻَّ ﻟِﻴُﺼِﻴﺐَ ﺑِﻪِ ﻋَﺮَﺿًﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪْ ﻋَﺮْﻑَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ
“Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu (belajar agama) yang seharusnya diharap adalah wajah Allah, tetapi ia mempelajarinya hanyalah untuk mencari harta benda dunia, maka dia tidak akan mendapatkan bau wangi surga di hari kiamat.” (HR. Abu Daud no. 3664, Ibnu Majah no. 252 dan Ahmad 2: 338)

Rasulullah saw. bersabda:
« ﺃَﻻَ ﺇِﻥَّ ﺷَﺮَّ ﺍﻟﺸَّﺮِّ ﺷِﺮَﺍﺭُ ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎﺀِ ﻭَﺇِﻥَّ ﺧَﻴْﺮَ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﺧِﻴَﺎﺭُ ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎﺀِ »
Ingatlah, sejelek-jelek keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama. (HR ad-Darimi)
Wallahu aklam.
///
dicatat oleh :
Ab Sheikh Yunan.

Tiada ulasan:

(47) BID,AH VS BID,AH...ATAU SESAT VS SESAT.

Bila jabatan agama Perlis serbu markas Pas di negeri itu.. sebenarnya kumpulan bid,ah serbu kumpulan bid,ah yang lain. Bid,ah tak ada dal...