Rabu, 13 September 2017

PAS Tentang UMNO kerana Dasarnya yg Sekular-Ust Idris Ahmad

https://youtu.be/Z5uaTdXiAyo

AMBOI ! UMNO ITU SECULAR, LALU SIAPA PULA PAS DISISI ALLAH (al-Quran) ?

Sebuah kemusykilan Ilmiah :

Jika Kerajaan-UMNO dikatakan sebagai Secular - Secularisme dengan tudohan memisahkan Agama (ad-deen - tauhid rububiyyah : perihal zat Allah) : Islam (al-Islam - i'ttiqad : hak-hak mutlak zat Allah) - ghaib qalbu, serta furu' (branch's) baginya, yaitu Aqidah (al-Iman) dari Syariah-Fiqh (al-Ilmu) - ghaib akal dengan duniawi - Politik serta dikatakan dengan nada penoh menghina mengguna pakai undang-undang ciptaan Lord Reid (Yahudi)...maka segala kebencian ditanam pada umat melayu yang dhaif dalam perkara agama (ad-deen - tauhid rububiyyah) : Islam (al-Islam - i'ttiqad uluhiyyah) serta Furu' (branch's) baginya - Aqidah (al-Iman) dari Syariah-Fiqh (al-Ilmu)... Lalu apa pula terminalogy bagi PAS ?...

"Golongan manusia yang menjadikan ayat-ayat Allah (al-Quran - hadis, sunnah, sirah) yang wajib meliputi perkara Dasar Ketuhanan yang Empat (4) dalam Dua (2) pasangan dengan Dua (2) POKOK - Agama (ad-deen - tauhid rububiyyah) : Islam (al-Islam - i'ttiqad uluhiyyah) serta Furu' (branch bagi Agama & Islam), yaitu Aqidah (al-Iman), Syariah-Fiqh (al-Ilmu) yang dijadikan PAS sebagai alat, bahan, modal, tukaran, gadaian untuk kepentingan & tujuan duniawi - politik (kuasa, jawatan, pangkat, nama, popularity, gelar, kekayaan duniawi)"...

... Padahal larangan Allah (al-Quran) amat jelas :

KUFUR (niat - tanpa Lillaahi : bukan semata-mata kerana Allah)
A095A095
Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal (alat, bahan, tukaran, gadaian) untuk mendapat keuntungan dunia (politik - jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan) yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik kerana memberlakukan semata-mata kerana Allah : Lillaahi), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
(Al-Nahl 16:95)

"berniat saja sudah Kufur (putus hubungan dengan Allah), beramal dengan perbuatan itu adalah Kafir - engkar larangan Allah (al-Quran), merupakan permulaan kepada hukum-hukum yang lain yang lebih berat.
A041
A041
 Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab (zabur, taurat, injiel & tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (engkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga, tukaran, gadaian, alat, bahan, modal untuk) membeli kelebihan-kelebihan (duniawi - politik : jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan) yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:41)
A042
A042
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu (kerana : jika dibacakan akan terkena batang hidung kamu sendiri) pula padahal kamu semua mengetahuinya (perbuatan itu adalah salah : bathil).
(Al-Baqarah 2:42)

Amat burok kalimah : perkataan : terminalogy "Jewisme : Judea (al-Yahud - Yahudiah) & Syiah (Syaieyah) melayu itu disisi Allah (al-Quran), kerana golongan "al-Yahud" (Yehud : Jew's) - "Haadu" (cara, sifat, kata-kata, perbuatan) Syirik : Syiah (Syaieyah) non muslim yang dilaknati Allah...
... golongan yang diharamkan syurga & diwajibkan neraka hingga mendapat syufaat & keampunan Allah, wajib neraka lebih dahulu...

Proposed new terminalogy - Jewisme; Judea + Syaieyah Malay's ... ???
///

APAKAH PERJUANGAN UMNO SEKULAR?

Menghuraikan persoalan ini, perlu terlebih dahulu difahami apakah dia sekular (Secularisme) itu.

UNTUK mendapat gambaran yang jelas mengenai fahaman dan amalan sekular ini, kita perlu menyoroti kembali sejarah serta latar belakang kelahirannya di dunia Barat yang beragama Kristian (i'ttiqad trinity).

Hanya dengan pemindahan makna langsung dari dictionary dalam bahasa kita, tidak akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang tajuk yang dibincangkan ini.

Ajaran kristian seperti yang terdapat dalam kitab-kitab Injil yang ada di tangan orang-orang Kristian hari, hanyalah memberi penekanan kepada hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan kerohanian, kehidupan akhirat, menyebarkan sifat-sifat kasih sayang, berlapang dada [ tasamuh ] dan menolak kekerasan hatta terhadap mereka yang melakukan kekerasan terhadap penganut kristian, menganjurkan kehidupan zuhub dengan mengenepikan kepentingan jasmani termasok biologist (perkahwinan) dan kebendaan. Tidak terdapat dalam kitab-kitab Injil ajaran-ajaran tentang pembinaan ilmu dan tamadun, peraturan yang berkaitan dengan politik, sosial dan sebagainya. 

Ini dia bentuk ajaran kristian yang disebarkan di kalangan masyarakat Eropah sejak diisyhtiharkan sebagai agama rasmi negara oleh maharaja Rom, Constantine dalam tahun 324 Masihi. Bertolak daripada ajaran di atas, hubungan pihak berkuasa gereja dengan kerajaan dan masyarakat diasaskan kepad a teori '' Dua Pedang '' [ teory of two sword ],

Sekular dari perkataan Latin " saequlum " yang membawa makna '' masa sekarang '' dan '' duniawi '', seperti ysng disebut oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: '' The concept secular refers to the condition of the word at this particular time or period or age'' [ Islam and Sucularism ]  iaitu pedang kerohanian yang diwakili oleh kuasa gereja dan pedang keduniaan yang diwakili oleh kuasa pemerintahan awam.

Kemudia berlaku perkembangan di mana institusi gereja melampaui peranan hakikinya dengan turut merangkul dan meletakan di bawah cengkamannya kuasa pemerintahan serta segenap aspek kehidupan awam.

Keadaan ini lah yang berlaku disebabkan empayar Rom berpecah dan menjadi lemah. Bermula dari sini, kehidupan masyarakat Eropah mengalami zaman kemunduran, jumud serta penindasan oleh kaum gereja terhadap rakyat dan juga raja yang dikenali dengan zaman kegelapan atau Dark Age.

Risalah kerohanian yang sepatutnya menjadi keutamaan kaum gereja bertukar kepada kerakusan mengumpulkan harta benda dengan mengenakan berbagai-bagai cukai yg membebankan rakyat dan menjual sijil-sijil pengampunan. Dengan kekayaan yang melimpah ruah, institusi gereja telak bertukar menjadi pusat keruntuhan akhlak, setanding dengan pusat-pusat yang bersifat keduniaan, bahkan kadang-kadang mengatasinya dalam melakukan persundalam dan maksiat.'' [ An Nadawi, Maza Khasira Al A'lam ] 

Menurut gambaran rahib Jarum: '' Kehidupan para paderi kemewahan mereka mengalahkan kemewahan yang dinikmati para raja dan golongan hartawan. Akhlak golongan pop telah rosak dengan begitu teruk sekali. Kerakusan dan ketamakan kepada harta menguasai diri mereka, hingga ke peringkat menjadikan pangkat dan jawatan dalam institusi gereja seperti barangan jual beli. Mereka menjual tanah syurga dgn menggalakkan orang ramai membeli kad serta sijil pengampunan yang boleh menghapuskan dosa pada masa dan akan datang...'' [ Con-flict of Religion and Science ]

Lebih malang lagi, khususnya dalam kontek perkembangan ilmu pengetahuan, penyelidikan ilmiah serta kebebasan berfikir, apabila kaum gereja telah menyeludupkan ke dalam kitab-kitab agama mereka pandangan-padangan tetang alam tabi;i yang wujud pada masa itu dan dijadikan sebagai akidah agama. Misalnya pendapat yang diketenggahkan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Greek bahawa bumi adalah pusat peredaran segala cakerawala, telah dijadikan pegang agama oleh kaum gereja.

Namun penemuan baru dalam didang astronomi yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus [ 1473-1543 ] menunjukkan bahawa bumi bukanlah paksi utama pergerakan cekerawala, sebaliknya ia hanyalah satu daripada cakerawala-cakerawala lain yang beredar berpaksikan matahari. 

Maka ekoran daripada perkembangan ini, kesahihan faktar sain dalam kitab suci agama Kristian mula dicabar satu demi satu dengan setiap penemuan baru dalam didang sains, dan kewibawaan gereja juga turut sama tercabar. Maka berlakulah pertentangan antara ahli fikir dan kaum gereja.

Berasas latar belakan ini juga, adalah penting diberi perhatian. Daripada sejarah latar belakang kelahiran fahaman sekular serti yg dipaparkan itu adalah nyata bahawa sekular tidak ada kena mengena dengan Islam, seperti yg ditegaskan oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: Islam totally rejects any application to itself of the concepts secular, or secularization, or secularism as they and belong and alien to it in every respect and they belong.\, and are natural only to the intellectual history of Western Christion religious experience and conciousness. [ Islam and Secularism ], adalah penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Agama dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada Kristian sahaja.

Malah perkataan '' Kristian '' itu sendiri bukanlah bermakna ajaran-ajaran yg terdapat dalam kitab-kitab Injil, tetapi ia lebih kepada fikiran-fikiran dan pandangan kaum gereja yang jumud serta peraturan-peraturan dan kepercayaan yg direka oleh mereka dengan tujuan untuk menguasai manusia yg diberi pakaian agama [ Kristian ].'' Jadi dalam kontek ini, apabila dikatakan; '' Pertentangan antara agama dan sains'', ia bermakna: '' Pertentangan antara kaum gereja dgn segala ajaran yg direa oleh mereka dan sains.''

Seperkara lagi yg perlu diberi perhatian dalam kita membicarakan tajuk sekular ini ialah: Dari aspek kemanusiaan, proses sekularisasi yg berlaku dalam masyaralkat Barat-Kristian adalah satu keperluan bagi menyelamatkan manusia di Barat dari kesengsaraan, penindasan dan berterusan berada dalam zaman kegelapan [ Dark Age ].

Dari segi Dkwah Islamiyah pula, umat Islam lebih selamat dan lebih bebas mengamalkan ajaran Islam, malah menyebarkan Dakwah Islamiyah di kalangan masyarakat Eropah ketika berada di bawah pemerintahan sekular setelah fahaman Salibiah yg diamalkan oleh kaum gereja dapat disisihkan. Telah disebutkan sebelum ini bahawa pada zaman kekuasaan gereja, perbezaan agama tidak dibenarkan sama sekali, malah perbezaan mazhab juga dilarang.

Setelah seluruh kerajaan Islam Andalusia jatuh ke tangan tentera Salib dengan penyerahan Granada, negeri Islam terakhir oleh Sultan Abu Abdullah kepada pasangan raja Kristian Ferdinand dan Isabela pada 2hb januari 1492, bermulalah gerakan penghapuskan Islam dari bumi Andalusia.

Pihak gereja tidak membenarkan sama sekali agama yg lain selain daripada Katolik berada di bumi Sepanyol. Orang-org Islam yg enggan keluar dari Sepanyol dipaksa menganut agama Kristian Yang enggan bertukar agama dibunuh dengan cara yg amat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.

Pihak pemerintah menubuhkan Mahkamah Penyiasatan [ Inqisition ] bagi memburu mereka yg berpura-pura menganut Kristian tetapi mengamalkan Islam secara sulit. Pemburuan dan penyembelihan terhadap umat Islam ini beterusan hingga lebih dua abad lamanya. Kalau kita perhaluskan sejarah sekular ini kita menintiskan air mata.....

Menurut Dr.Ahmad Syalbi, dianggarkan lebih dari 300,000 orang telah dijatuhkan hukuman bakar oleh Mahkamah ini semenjah penubuhannya di Sepanyol [ Al Masihiyah ].

Islam hanya dapat bertapak semula selepas lima abad kemudian, setelah gereja dipisahkan dari kuasa awam dan tertubuhnya kerajaan sekular yg mengamalkan demokrasi di Sepanyol dalam tahun 1975.

Kembali kepada perjuangan UMNO , adalah jelas seperti yang termaktub dalam Fasar 3, Ceraian 3.3 menyatakan bahawa tujuan penubuhan UMNO sebagai sebuah parti politik ialah untuk: '' Menengak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara, sekarang ditukar agama rasmi persekutuan, serta menghormati prinsip kebebasan beragama,'' Sedangkan sekular seperti yg diketahui adalah perjuangan membebaskan diri dari agama.

Pada hakikatnya, berasaskan faktar sejarah. UMNOlah yang mempelopori perjuangan menentang sekularisasi di tanahair kita. Maknanya apa yg katakan oleh golongan Syaitan bisu meleset sama sekali.

Rancangan Malaysia Union yang cuba dipaksakan oleh British ke atas Tanah Melayu, selain daripada ianya merupakan suatu bentuk penjajahan, ia juga adalah satu perancangan mensekularkan negara ini, kerana dalam rancangan Malaya Union seluruh kuasa negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan Britain, yang tinggal pada orang Melayu hanyalah '' hal ehwal agama;;. '' Agama '' menurut pengertian British ialah urusan ibadat dan kekeluarga sahaja. Dengan Kuasa Allah,  Orang-orang Melayu pada ketika itu, yang kemudiannya bersatu di bawah naugan UMNO , menyedari bahawa rancangan ini bercanggah dengan ajaran Islam, kerana mereka memahami bahawa Islam itu adalah agama dan kedaulatan , ibadat dan pemerintahan. 

Lalu UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi perjuangan umat menentang Malaya Union dan menegakkan kedaualatan Islam dengan membebabaskan tanahair dari cengkaman penjajah British. Bukan Parti PAS.

Memandangkan hakikat inilah , maka penubuhan UMNO mendapat sokongan padu daripada para ULAMA' pada ketika itu. Beberapa wakil dan pemerhati ke Kongres Melayu 1946 yang melahirkan UMNO terdiri daripada kalangan ulama;.

Antara mereka sekadar menyebutkan beberapa nama ialah:
1. Haji Husin CikDol [ Kesatuan Melayu Kedah ]
2. Haji Fadhullah Suhaimi [ Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan ]
3. Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa [ Persekutuan Melayu Negeri Sembilan ]
4. Haji Ismail Hamza- Mufti Perak [ Perikatan Melayu Perak ]
5. Sheikh Hamzah Mu'ti [ Persatuan Melayu Perak ]
6. Haji Mohd Nur Bakri [ Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu ]


Pada 28hb Mei,1946, satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap racangan Malaya Union. Perhimpunan ini dilahadiri oleh Raja-raja Melayu, Dato'Onn dan para pemimpin UMNO ,dua orang Ahli Parlimen British, iaitu Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams, serta rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Dalam perhimpunan ini, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah telah membaca perisytiharan membantah Malaya Union. Antara isi kandungan perisytiharan itu tersebut berbunyi: '' Kami pohon menyatakan bahawa bagi membawa perkara ini di dalam lingkungan undang-undang kekuasaan negeri-negeri asing [ Foreign Juris-diction Act of 1890 ] itu adalah suatu langkah yg bertujuan melenyapkan kami dari alam politik. Kami telah oun dan masih mendakwa adalah kami berpemerintahan Sultan-sultan Islam Melayu yang merdeka '' [ Ibrahim Mahmood, Sejarah perjuangan Bangsa Melayu ]

Adalah jelas daripada petikan perisytiharan di atas, bahawa perjuangan UMNO ialah untuk mempertahankan kedaulatan Islam yang cuba disekularkan oleh British melalui rancangan Malaya Union. Cuma istilah sekular ini belum lagi dikenali di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu.

Dengan ini, nyatalah bahawa UMNO adalah pelopor dalam perjuangan menentang fahaman sekular di negara kita. Maka pendapat saya sesiapa menentan UMNO ada haram hukumnya mengikut dalil-dali nas-nas dan sejarah ini.
///
Wassalam [ Abeli Yasin ]                    

[ Tras Dzali ] Memang sejak asal ajaran Isa al-masih ialah untuk membetulkan aspek akidah dan iman orang-orang yahudi. Kerana mereka memang telah tersesat mengikut atau menyembah iblis, sejak sebelum Nabi Musa as lagi. Mereka mendapat ajaran sesat itu sejak dari mereka tinggal di Babylon lagi bagi ke arah melepaskan mereka dari cengkaman hidup sangsara. Meluah rasa hati kepada kerinduan kembali kepada tanah yg dijanjikan. Sebab bumi plastinian itu telah pun di diami oleh orang Gasar yang ganas. 

Sehingga mereka telah menyuruh Nabi Musa as memasuki daerah itu terlebih dahulu, sebelum mereka, selepas diselamatkan oleh Nabi Musa as dari buruan Firaun menyeberang laut merah. Apa yg disemarakkan semula oleh Samuri menjadi ikutan sebahagian mereka. Jadi tujuan kehadiran Nabi Isa as ialah untuk membetulkan aspek iman orang-orang Israel. Jadi dalam ajaran agama Kristian tidak ada aspek syariah yang luas pengertiannya spt ajaran Nabi Muhammad saw. 

Mencakup ajaran pengaturan hidup dzahir. Perbandingan itu dapat dilihat jika kita membaca Bible banabas. Selepas penganut Kristian disesatkan dengan pemikiran sekular, kini memang mereka sedang menghidupkan kembali aspek spiritualiti agama itu untuk kemudian supaya dapat dicantumkan dengan logik kedatangan Dajjal. Perlu diingat agama Kristian memang sejak dari awal telah di masukkan tangan kotor manusia untuk selewengkannya bagi menjadi alat kerja kotor Yahudi illuminati. Aspek spiritualiti yg cuba mereka develope Itu merupa topeng konon bagi menyaingi agama Islam yg telah dan sedang mereka sesatkan. [ Tras Dzali ]
///
Setelah memahami dengan benar apa yang telah dijelaskan oleh Abeli Yasin itu... maka menyerlah satu pengertian bahawa tudohan PAS terhadap UMNO sebagai Secular itu adalah jauh dari benar... sebaliknya PAS cuba beralasan dengan Secular untuk menanam Yahudiah : Syaieyah yang dibawa oleh PAS yang berselindung (bertaqiyyah) disebalik Islam (al-Islam) ahlu sunnah wal-jamaah - ASWJ.

Telah terlalu banyak saya menulis sebelum ini di Fb, Blog' & Google+ dengan dalil-dalil hujah Allah (al-Quran) yang mendedahkan bahawa PAS adalah golongan manusia yang telah lama diresapi I'ttiqad (yakin qalbu-akal) Syirik - Yahudi, Syiah yang bertaqiyyah (berselindung : menyamar) disebalik Islam (al-Islam) ahlu sunnah wal-jama'ah - ASWJ, dengan bersaksikan segala cara, sifat, kata-kata, perbuatan anggota jasad yang dapat disaksikan bersama...

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik (khafi) kecil”, para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apa itu syirik kecil ? Rasulullah menjawab : “Riya’” (Ujub, Suma'ah, Takabbur). [HR. Ahmad]


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (hak-hak mutlak zat Allah dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan (hak-hak mutlak zat) Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:48)


Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuja : memuji : menyucikan : menghapus dosa) diri sendiri? (kaum, puak, jama'ah, pertubohan, partinya, Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuja : memuji : menyuci : menghapus dosa) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya @ dizalimi (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:49)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beri'ttiqad (cara, sifat, kata-kata, perbuatan - "Haadu") Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah (memuja diri : membersih : menyucikan : menghapus dosa diri sendiri) tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
(Al-Jumu'ah 62:6)


Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa (Syirik terhadap terhadap hak-hak mutlak zat Allah) yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim (diri sendiri) itu.
(Al-Jumu'ah 62:7)

 
///
Ab Sheikh Yunan,
Abeli Yasin,
Tras Dzali.
 

Tiada ulasan:

(47) BID,AH VS BID,AH...ATAU SESAT VS SESAT.

Bila jabatan agama Perlis serbu markas Pas di negeri itu.. sebenarnya kumpulan bid,ah serbu kumpulan bid,ah yang lain. Bid,ah tak ada dal...