ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT.
1. TA'ARUFFAN.
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
5. AMALAN.
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.
6. ADUWWAN.
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ...dia kutuk dan dedahkan aib kita. Talam dua muka. Seperti firman ALLAH SWT. :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..."
(Surah Ali Imran ayat 120)
RASULULLAH SAW. mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
7. HUBBAN LIMAANAN.
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana ALLAH Ta'ala SWT jua.
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya NABI SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana ALLAH dalam tempat yang berjauhan diterima oleh ALLAH SWT."
(Hadis Riwayat Muslim)
Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana ALLAH SWT. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana ALLAH SWT sebagaimana dalam firman Nya:
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan."
(Surah Az-Zukhruf :67)....
Moga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku.
///
USTAZ AHMAD NASIR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan