SIAPA PAS DISISI ALLAH (القران) ?
1. "NYA" KUPUR (niat - tanpa لله)
dalam perkara Agama (الدين-rububiyyah - احد : رب : zat Allah yang tidak boleh di
Murtadkan), Islam (الاءسلام-uluhiyyah - لله : اله : hak-hak mutlak zat Allah yang
tidak boleh di Syirikkan) - ghaib qalbu serta Furu' (cabang) baginya,
yaitu - Aqidah (الاءيمان : Furu'-2) - Syariah-Fiqh (العلم : Furu'-1) -
ghaib akal dari semua cabang ilmu bacaan (اقرأ بسم ربك الذى خلق) القران, apabila berniat... (belum baca lagi) ...untuk
membacakan ayat-ayat Allah (القران : االقران) bukan semata-mata kerana لله - الله, sebalikNya kerana parti : politik (jawatan, pangkat, kuasa,
popularity, nama, gelar, kekayaan duniawi), maka putus lah hubungan
dengan Allah serta terlindung dari rahmat Allah, maka jauh lagi lah dari redha Allah (al-Islam)
Dan janganlah kamu (BERNIAT) jadikan pesanan-pesanan dan perintah (SUROHAN & LARANGAN) الله
sebagai modal (alat, bahan, modal, tukaran) untuk mendapat keuntungan duniawi (politik - jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan) yang sedikit (faedahnya disisi الله); sesugguhnya
apa yang ada di sisi الله (dari balasan yang baik kerana memberlakukanya semata-mata kerana لله - الله), itulah sahaja yang
lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
(Al-Nahl 16:95)
2. "NYA" KAPIR - engkar
larangan الله (القران) setelah niat : i'ttiqad (yakin qalbu) yang KUPUR (كفر - tanpa لله) itu dilaksanakan
dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan anggota jasad sejak pulohan
tahun dahulu lagi berlakunya.
Dan berimanlah (percaya) kamu dgn apa yang Aku turunkan (القران) yang
mengesahkan benarnya al-Kitab (Taurat : Injiel juga tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu (selama mana kamu tidak selewengkan), dan janganlah kamu
menjadi orang-orang yang mula-mula KAFIR (engkar) akan dia (الله : القران); dan
janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga, tukaran, gadaian, modal, bahan, alat untuk) membeli
kelebihan-kelebihan (duniawi : politik - jawatan, pangkat, nama, popularity, gelar, kekayaan) yang sedikit faedahnya (disisi الله); dan kepada Akulah sahaja
hendaklah kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:41)
(Al-Hujurat:6)
Dan janganlah kamu
campur adukkan yang benar itu dgn yang salah, dan kamu sembunyikan
yang benar itu (apabila dibacakan akan terkena atas batang hidung kamu sendiri) pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)
3. "NYA" SESAT petunjuk Allah (القران) apabila berulang-ulang engkar (kafir) larangan Allah
(القران) : KAPIR demi KAPIR demi KAPIR dan demi KAPIR sejak pulohan
tahun @ sejak PAS mula ditubohkan Sept 1951, hingga berlaku kerosakan
hubungan sesama manusia : perbalahan, kecederaan, kematian - putus hubungan silaturrahim. juga putus hubungan manusia dengan Allah (penyebab orang lain berlaku Syirik & Murtad) terbahagi kepada Dua golongan - Pasik (syaitan menyerupai manusia) & Munafik (iblis menyerupai manusia).
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan (kerana @ alasan) Agama (الدين : tauhid zat Allah & الاءسلام : I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlaknya serta furu') mereka
(dengan menciptakan : takwilan penyebab) perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu duniawi - pilitik : jawatan, pangkat, nama, popularity, gelar, kekayaan), dan
mereka menjadi berpuak-puak (assobiyyah), tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam
(perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara (perbuatan) mereka hanya terserah kepada الله. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat
kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
(Al-An'aam 6:159)
Iaitu orang-orang yang
menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan
masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak
bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang
terpesong itu).
Pasik - "perosak hubungan manusia sesama manusia n sesama sendiri @ Syaitan yang menyerupai manusia, kerana hanya Syaitan yang sentiasa menghasut untuk merosakkan hubungan manusia sesama manusia.
Munafik
- "perosak hubungan manusia dengan Allah @ penyebab orang lain yang
dhaif dalam perkara Agama : Ketuhanan n Furuq jadi Syirik n Murtad @ Iblis yang menyerupai manusia yang merosakkan hubungan manusia dengan Allah. golongan Munfik juga adalah golongan Sesat menghampiri Syirik.
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
LUPA - LALAI KEPADA ALLAH S.w.t
Orang
munafik memiliki sifat kemunafikan dalam fikiran (ghaib akal - al-Iman
& al-Ilmu) dan batin (ghaib qalbu - al-Islam : I'ttiqad &
ad-deen : Tauhid) mereka
tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah s.w.t baik ketika senang
atau susah.
Firman Allah s.w.t.:
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ
ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ
ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٩)
Ertinya:
“Mereka
telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah
s.w.t. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan - perosakan hubungan
manusia sesama manusia, dan Iblis - perosak hubungan manusia dengan
Allah). Ingatlah bahawa pengikut
syaitan (dan Iblis) itu orang yang rugi.”
(Al-Mujadalah:19)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
HASAD DENGKI
Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri
seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad dengki
dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas
kenikmatan,kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan
berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat
memilikinya. Dengan demikian sifat hasad dengki boleh menyuburkan
perasaan dendam,permusuhan dan suka berpersepsi : berprasangka buruk terhadap orang
lain. Dalam Islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang Sesat golongan munafik.
Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن
فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ
وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)
Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurniaan-Nya?"
(An-Nisa':54)
Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.
Firman Allah s.w.t:
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥
Ertinya:
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang
banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan
berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
DUSTA
Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn
keadaan yang sebenarnya. Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan
amat dilarang dalam Islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan
Tuhannya, bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ (١٠٥)
Ertinya:
"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang
tidak beriman (engkar) kepada (larangan Allah berulang-ulang) ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang
pendusta."
(An-Nahl:105)
Dusta merupakan suatu perbuatan
yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang
mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam
kebajikan, kebenaran, kebaikan - Lillaahi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik (golongan Sesat) yang pandai lidahnya."
(HR.Abu Ya'la)
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Takutlah kamu terhadap persepsi : prasangka kerana sesungguhnya persepsi : prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR.Muttafaq 'Alaih)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik (sesat)."
(HR.Ibnu 'Adi)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya:
"Tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila berbicara berdusta, apabila
berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan : Amanah ia khianat."
(HR.Muttafaq Alaih)
Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ۬ كَذَّابٌ۬ (٢٨)
Ertinya:
"Sesungguhnya
Allah s.w.t tidak memberi petunjuk (ilham : hidayah) kepada orang-orang
yang melampaui batas (sesat : zalim) lagi pendusta."
(Al-Mukmin/Ghafir:28)
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)
Ertinya:
"Sesungguhnya
Allah s.w.t tidak memberi petunjuk (ilham : hidayah) kepada orang-orang
yang berdusta dan sangat ingkar (kafir berulang-ulang - sesat)."
(Az-zumar:3)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MUNGKIR JANJI
Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap
kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang
lain. Oleh, itu dalam Islam menunaikan janji adalah wajib.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِۚ
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu."
(Al-Maidah:1)
Firman Allah s.w.t:
وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٤)
Ertinya:
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
(Al-Isra':34)
Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau
tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang
dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini, maka ia
termasuk orang munafik (golongan sesat) yang asal dan barangsiapa yang terdapat
padanya, maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia
meninggalkan empat hal tersebut: (*) apabila ia berbicara ia berdusta, (*) apabila
dipercayai ia berkhianat dan (*) apabila berjanji ia mungkiri."
(HR.Bukhari dan Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
FITNAH
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan
kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain & masyarakat. Fitnah
boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain
dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau
memusuhinya.
Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang
lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman serta Ilmu (ghaib akal) dan lemah iman
dan jiwanya (qalbu) kotor. Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik
boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan
kebajikan, kebaikan, kebenaran - Lillaahi
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٍ۬
مَّهِينٍ (١٠) هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬ (١١) مَّنَّاعٍ۬
لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ (١٢)
Ertinya:
"Dan janganlah
kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak
mencela serta menyebar fitnah, banyak menghalang berbuat baik, melampaui
batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam:10-12)
Firman Allah s.w.t:
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬اۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)
Ertinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit (riya', ujub, suma'ah, takabbur), lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya
dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al-Baqarah:10)
Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh
menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan
permusuhan.
Firman Allah s.w.t:
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ
Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan."
(Al-Baqarah:191)
Firman Allah s.w.t:
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ
Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah:217)
Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah
dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat
daripada murka Allah s.w.t. Justeru itu, perbuatan fitnah antara sesama
muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah s.w.t didunia dan
akhirat.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ
ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡغَـٰفِلَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ لُعِنُواْ فِى ٱلدُّنۡيَا
وَٱلۡأَخِرَةِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٢٣)
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik
lagi beriman, berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan baginya
azab yang besar."
(An-Nur:23)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya:
"Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke
mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari
kecacatan orang orang baik."
(HR.Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat
islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn
fitnah yang dibawa atau diterima.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ
Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq (golongan sesat)
yang membawa berita (fitnah), maka perhatikanlah (selidiklah) dengan
teliti (kebenarannya)."
ang besar dan nyata.
Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا
ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا
(٥٨)
Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan
mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya
mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)
Islam adalah Agama Tauhid (ad-deen - rububiyyah) universal yang sentiasa mementingkan
perpaduan, keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan. Malah umat Islam
hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar
dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia
berlandaskan Iman & Ilmu.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن
يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن
يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّۖ
Ertinya:
"Hai
orang-orang yang beriman (dan berIlmu yang benar), janganlah kamu
menghina (mencaci) suatu kaum, mungkin yang dihina itu lebih baik dari
kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci, bukan suka
menghina, bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap
keji (kotor)."
(HR.Muslim)
Dalam Islam setiap muslim itu bersaudara
terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya. Jika
seseorang itu menghina, mengutuk atau mengeji, maka dianggap berlaku
jahat sesama muslim.
Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Mencaci orang Islam itu termasuk fasik (golongan sesat) dan membunuhnya termasuk kafir - Non Muslim."
(HR.Abu Daud)
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya (menyakiti)."
(HR.Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGUMPAT
Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan, kelemahan peribadi
dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak
disukainya. Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja
dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak
dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau
keburukan peribadi orang lain.
Dalam Islam perbuatan mengumpat
adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak
beriman dan munafik (golongan sesat). Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap
sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ
ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا
يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ
Ertinya:
"Hai orang-orang yang
beriman (dan berilmu yang benar), jauhilah kebanyakan buruk sangka (sesama muslim) kerana sebahagian
buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang dan
jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain."
(Al-Hujurat:12)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya."
(HR.Muslim)
Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan
daging bangkai saudaranya sendiri. Perbuatan mengumpat boleh menyinggung
perasaan, hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan
permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.
Rasulullah s.a.w melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak
boleh membunuh), hartanya (tidak boleh dirampas)dan kehormatan (tidak boleh
mengumpat)."
(HR.Muslim dan At-Tirmizi)
Firman Allah s.w.t
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١)
Ertinya:
"Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela."
(Al-Humazah:1)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGINGKARI (Qada' & Qadar) TAKDIR ALLAH S.W.T
Takdir Allah s.w.t merupakan suatu ketetapanNya ke atas setiap makhluk
dengan kadar atas tertentu. Justeru itu, takdir yang ditentukan Allah
s.w.t sama ada baik, buruk, bahagia atau derita adalah suatu ketentuan
Allah s.w.t yang mutlak ke atas setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang
dapat menghalang atau mengubahnya.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ۬ (٤٩)
Ertinya:
"Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar (takdir yang ditentukan)."
(Al-Qamar:49)
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t
menyampaikan (melangsungkan) urusan-Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t
mengadakan qadar (peraturan tertentu) bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq:3)
Firman Allah s.w.t:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠)
Ertinya:
"Kamu tiada mengkehendaki(sesuatu)melainkan jika Allah s.w.t
mengkehendakiNya. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana."
(Al-Ihsan:30)
Sesungguhnya orang yang
menolak, membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah
s.w.t,maka tergolong orang kufur dan rosak iman serta menjadi munafik (sesat mennghampiri syirik)
yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan. Dan sesungguhnya
apabila Allah s.w.t mengasihi suatu kaum, dicubanya kaum itu (dengan suatu
cubaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat redha Allah s.w.t
dan siapa yang marah, ia akan mendapat murka Allah s.w.t."
(HR.At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Siapa tidak redha akan qada'-Ku dan qadar-Ku, baiklah ia mencari Tuhan selain Aku."
(HR.Tabrani)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMPERSENDA (GURAUAN - MAINAN) KESUCIAN AGAMA
Perbuatan mempersendakan atau mempermainkan kesucian dan kebenaran
agama adalah amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana seolah-olah
menentang sesuatu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Perbuatan demikian
termasuk ciri-ciri orang munafik yang sentiasa menghina atau
memperkecilkan kebenaran ajaran agama tauhid & i'ttiqad diredhai Allah islam.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ
ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ
ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَۚ وَٱتَّقُواْ
ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)
Ertinya:
"Hai
orang-orang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang
mengambil agamamu, memperolok dan mempermainkan, diantara ahli kitab
sebelum kamu dan orang-orang kafir. Takutlah kepada Allah s.w.t jika kamu
orang beriman."
(Al-Maidah:57)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا نَادَيۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ ٱتَّخَذُوهَا هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬اۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٌ۬ لَّا يَعۡقِلُونَ (٥٨)
Ertinya:
"Apabila kamu menyeru mereka bersolat, mereka jadikan solat itu
olok-olok dan permainan. Demikian itu kerana mereka kaum yang tidak
berfikir."
(Al-Maidah:58)
Firman Allah s.w.t:
فَقَدۡ كَذَّبُواْ بِٱلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُمۡۖ فَسَوۡفَ يَأۡتِيہِمۡ أَنۢبَـٰٓؤُاْ مَا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَہۡزِءُونَ (٥)
Ertinya:
"Sesungguhnya mereka mendustai kebenaran tatkala datang kepada
mereka. Nanti akan datang kepada mereka berita apa yang mereka
perolokkan."
(Al-An'am)
Firman Allah s.w.t:
وَمَنۡ
أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ
بِـَٔايَـٰتِهِۦۤۗ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢١)
Ertinya:
"Siapakah lebih zalim dari orang yang mengadakan pembohongan terhadap (zat & hak-hak mutlak zat)
Allah s.w.t atau orang yang mendustai ayat-Nya? Sesungguhnya tiadalah
menang orang-orang yang zalim."
(Al-An'am:21)
Firman Allah s.w.t:
قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُمۡ سُنَنٌ۬ فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ (١٣٧)
Ertinya:
"Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan sebelum kamu. Maka
berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibatnya
orang-orang yang mendustai (agama tauhid)."
(Ali-Imran:137)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIIO.
ENGGAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH S.W.T (SABIELILLAAHI)
Jihad adalah suatu tuntutan agama yang disyariatkan untuk menghapuskan
segala bentuk kebatilan, kezaliman dan kefasikan di muka bumi. Oleh itu
orang yang enggan berjihad dan menghalang umat islam daripada berjuang
di jalan Allah s.w.t adalah termasuk orang-orang munafik dan
dimurkai Allah s.w.t
فَرِحَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ بِمَقۡعَدِهِمۡ خِلَـٰفَ رَسُولِ ٱللَّهِ
وَكَرِهُوٓاْ أَن يُجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ فِى سَبِيلِ
ٱللَّهِ وَقَالُواْ لَا تَنفِرُواْ فِى ٱلۡحَرِّۗ قُلۡ نَارُ جَهَنَّمَ
أَشَدُّ حَرًّ۬اۚ لَّوۡ كَانُواْ يَفۡقَهُونَ (٨١)
Ertinya:
"Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya,sepeninggalan
Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di
jalan Allah s.w.t dan mereka berkata:'Janganlah kamu keluar berjuang
waktu panas, 'Katakanlah:'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu
jika mereka mengerti.""
(At-Taubah:81)
Firman Allah s.w.t:
يَعۡتَذِرُونَ إِلَيۡكُمۡ إِذَا رَجَعۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡۚ قُل لَّا
تَعۡتَذِرُواْ لَن نُّؤۡمِنَ لَڪُمۡ قَدۡ نَبَّأَنَا ٱللَّهُ مِنۡ
أَخۡبَارِڪُمۡۚ
Ertinya:
"mereka meminta uzur kepadamu
apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan
perang sabiellillaahi). Katakanlah."'Jangan kamu minta uzur, kami sekali-kali tidak
percaya kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberitahu kami tentang
perkhabaranmu."
(At-Taubah:94)
Firman Allah s.w.t:
لَّا
يَسۡتَوِى ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ غَيۡرُ أُوْلِى ٱلضَّرَرِ
وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡۚ
Ertinya:
"Tiadalah sama orang yang duduk di antara orang-orang mukmin dengan
orang-orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t dnegan harta dan
jiwanya, kecuali orang yang ditimpa kemelaratan."
(An-Nisa':95)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN PADA JALAN YANG BENAR
Allah s.w.t berfirman:
وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَۚ وَمَن يَڪۡتُمۡهَا فَإِنَّهُ ۥۤ ءَاثِمٌ۬ قَلۡبُهُ ۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٢٨٣)
Ertinya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan
barangsiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya. Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah:283)
Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi
saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan
sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika
menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah
s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Tidaklah tergelincir dua telapak orang yang menjadi saksi dusta sehingga Allah s.w.t menetapkan kepadanya di neraka.”
(HR.Ibnu Majah dan Hakim)
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa menyembunyikan persaksian ketika dia diundang kepadanya maka adalah ia seperti orang yang menyaksikan dusta.”
(HR.Tabrani)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENANGGUH PEMBAYARAN HUTANG.
Seseorang yang berhutang adalah wajib membayar mengikut hukum
islam. Oleh, itu orang yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya
tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak mahu membayarnya, maka
perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan dibenci dalam islam.
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
Ertinya:
“Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah.”
(Al-Baqarah:188)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud
merosakkannya (tidak mahu membayarnya), nescaya ALLAH S.W.T akan
merosakkannya.”
(HR.Bukhari)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
BERGAUL DENGAN ORANG YANG MEMPEROLOK AL-QURAN.
Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang
ingkar terhadap perintah llah s.w.t dan Rasul-Nya,iaitu tidak mendekati
atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan
aqidah dan akhlak.
Musuh-musuh Islam, terutama orang-orang kafir (engkar)
dan munafik (sesat) sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan
peradaban umat Islam dalam segala bidang. Justeru itu, kaum muslimin
hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar
tidak terpengaruh dengan mereka.
Firman Allah s.w.t:
وَقَدۡ
نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ
ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ
حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤۚ
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan kepadamu (perintah-Nya) dalam
kitab (Al-Quran). iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah
s.w.t diingkari dan diejek (oleh kaum kafir (engkar) dan munafik (sesat)), maka janganlah
kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada
mempersoalkan yang lain, kerana sesungguhnya(jika kamu ikut), tentulah
kamu sama dengan mereka.”
(An-Nisa:140)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Dalam islam anak yatim bermaksud anak yang ditinggal mati oleh ayahnya
semasa dia masih kecil atau belum dewasa. Orang yang bertanggungjawab
atau ahli waris yang beramanah menjaga dan memelihara anak yatim, jika
memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim adalah berdosa besar dan
tergolong orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ
يَأۡڪُلُونَ أَمۡوَٲلَ ٱلۡيَتَـٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡڪُلُونَ فِى
بُطُونِهِمۡ نَارً۬اۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرً۬ا (١٠)
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara
zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka
dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala."
(10)
(An-Nisa':10)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوهَآ إِسۡرَافً۬ا وَبِدَارًا أَن يَكۡبَرُواْۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّ۬ا فَلۡيَسۡتَعۡفِفۡۖ
Ertinya:
"Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas
berpatutan dan(janganlah kamu)tergesa-gesa(membelanjakannya)sebelum
mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) mampu,maka hendaklah dia
menahan diri (daripada makan harta anak yatim)."
(An-Nisa':6)
Para ulama berkata:'
Bagi setiap wali atau penjaga anak yatim,jika dia berada dalam keadaan
miskin, dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan
cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja, tidak boleh
berlebihan dan jika berlebihan, maka dia menjadi haram.
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMBUKA RAHSIA ORANG LAIN.
Setiap manusia tentu memiliki rahsia tersendiri.Dalam, Islam,jika
seseorang mengetahui keburukan orang lian kemudian diceritakan
dikhalayak ramai, maka perbuatan ini adalah berdosa besar dan ciri-ciri
orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ
أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ
أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا
تَعۡلَمُونَ (١٩)
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang
ingin agar(berita)perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan
orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan
Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(An-Nur:19)
Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim, maka Allah s.w.t akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(HR.Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
BERASA AMAN DARIPADA MURKA ALLAH S.W.T APABILA MELAKUKAN DOSA
Apabila seseorang melakukan sesuatu dosa kemudian dia berasa selamat
daripada murka dan seksaan Allah s.w.t, maka anggapan ini adalah berdosa
besar dan amalan orang-orang munafik.Allah s.w.t akan membalas perbuatan
dosa dengan hukuman seksa di hari kiamat nanti.
Firman Allah s.w.t:
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ
ڪُلِّ شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم
بَغۡتَةً۬ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ (٤٤)
Ertinya:
"Maka
ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami
membuka semua pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka
bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka,Kami seksa
mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus
asa."
(Al-An'am:44)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN BURUK YANG TIDAK DISUKAI.
Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah
dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah
dan nama baik di kalangan orang ramai. Perbuatan ini adalah amalan
orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ
بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk
panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak
bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGHALANG ORANG DARIPADA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM.
Orang yang menghalang umat islam daripada mengamalkan ajaran islam
adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dibenci dalam islam.Islam
menggalakkan umatnya agar sama-sama saling mengingati dengan
mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ
ءَامَنَ تَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَأَنتُمۡ شُهَدَآءُۗ وَمَا ٱللَّهُ
بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ (٩٩)
Ertinya:
"Katakanlah hai
ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah s.w.t
orang-orang yang telah beriman, kamu mengkehendakinya menjadi bengkok
padahal kamu menyaksikan?Allah s.w.t sekali-kali tidak lalai daripada
apa yang kamu kerjakan."
(Ali Imran:99)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
SUKA KEPADA KESESATAN DAN MENYESATKAN ORANG.
Islam menghendaki umatnya agar mengamalkan hidup pada jalan yang benar
dalam segala aspek sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan
sunnah.Di samping itu Islam melarang umatnya,terutama golongan yang
berilmu agar tidak menyalahgunakan ilmu yang baik untuk menipu dan
menyesatkan orang lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu yang
bertentangan dengan suariat islam.
Setiap muslim bertanggungjawab
membebaskan diri daripada melakukan yang benar dan baik,agar tidak
tergolong dalam golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan
orang.
Firman Allah s.w.t:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ
أُوتُواْ نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ يَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَـٰلَةَ
وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ (٤٤)
Ertinya:
"Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari
al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan dan mereka bermaksud
supaya kamu tersesat dari jalan(yang benar)."
(An-Nisa':44)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
BERMUKA DUA.
Sikap bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik
kerana mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah s.w.t dengan
sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu, tetapi jika diajak pada jalan
yang dilarang Allah s.w.t, mereka cepat menanggapinya dan senang hati
mengikutnya,bahkan menjadi pelopornya.
Firman Allah s.w.t :
وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا
خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا
نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤)
Ertinya:
"Apabila mereka
berjumpa dengan orang-orang beriman mereka mengatakan. "Kami telah
beriman. 'Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka
mengatakan: 'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, kami hanya
mempermainkan mereka."
(Al-Baqarah:14)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah s.w.t pada hari kiamat
kelak, orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu
pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan(lain)."
(HR.Bukhari dan Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENYANJUNG DAN MEMUJI (berhala manusia) ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA
Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan
perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas
terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam. Namun
demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan
kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan
orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji
orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik
kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
SOMBONG DI ANTARA SESAMA MANUSIA
Sombong
adalah perilaku yang menolak kebenaran dan eremehkan orang lain
dengan anggapan kelebihan dan kehebatan tidak dapat ditandingi. Biasanya
sifat sombong ini disebabkan oelh ilmu, ibadah dan keturunan dan
kecantikan yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu.
Bersikap sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah
dilarang dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan
daripada orang lain serta amat dibenci oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri."
(An-Nisa':36)
Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik
dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t
memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam
pergaulan dengan sesama manusia.
Firman Allah s.w.t:
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)
Ertinya:
"Tidak dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang
mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah s.w.t
tidak menyukai orang-orang yang sombong."
(An-Nahl:23)
Firman Allah
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri."
(An-Nisa':36)
Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik
dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t
memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam
pergaulan dengan sesama manusia.
Firman Allah s.w.t:
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)
Ertinya:
"Tidak dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang
mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah s.w.t
tidak menyukai orang-orang yang sombong."
(An-Nahl:23)
Firman Allah s.w.t:
وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ
وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى
لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ (٦٠)
Ertinya:
"Dan pada hari kiamat
kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah
s.w.t,mukanya menjadi hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi
orang-orang yang menyombong diri."
(Az-Zumar:60)
Firman Allah s.w.t:
فَٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ (٢٩)
Ertinya:
"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya. Maka
amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu."
(An-Nahl:29)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Daripada Nabi s.a.w baginda s.a.w bersabda."Tidak akan masuk syurga
seseorang yang mempunyai sifat sombong(dihati)walaupun hanya sebesar
zarah."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Dan Allah s.w.t berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu
adalah selendang-Ku.Barangsiapa yang memiliki (slah satu) daripada
kedua-duanya, nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka."
(HR.Muslim)
Dalam Hadith Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tiada seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan
dirinya,melainkan dia akan bertemu dengan llah s.w.t dengan mendapat
kemurkaan0Nya."
(HR.Tabari)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
SUKA BERBANTAH DAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM.
Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam
perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan
menimbulkan renggang dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan
mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri
munafik.
Firman Allah s.w.t:
لَّا خَيۡرَ فِى ڪَثِيرٍ۬ مِّن
نَّجۡوَٮٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ
إِصۡلَـٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ ٱبۡتِغَآءَ
مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا (١١٤)
Ertinya:
"Tidak ada kebaikan perkataan mereka,kecuali kata-kata orang yang
menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang
yang berselisih."
(An-Nisa':114)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia
meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar."
(HR.Ibnu Abid Danya)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak
diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah."
(HR.Tabrani)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MELAMPAUI BATAS (Had : Hudud) YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH S.W.T
Perbuatan melampaui batas yang digariskan oleh Allah s.w.t bererti
menurut kehendak hawa nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada
jalan yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan
Nasrani.
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا
تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ
قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن
سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)
Ertinya:
"Katakanlah hai ahli
kitab,janganlah kamu melampaui batas selain kebenaran dalam agamamu dan
janganlah kamu mengikut hawa nafsu daripada suatu kaum sebelummu yang
telah sesat dan menyesatkan ramai manusia dan mereka juga telah
tersesat dari jalan yang bear."
(Al-Maidah:77)
Orang-orang
yang hidup berlandaskan semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dalam
menikmati segala kurnia dan nikmah Allah s.w.t., akan sentiasa berada
jauh dari jalan kebenaran.Mereka sanggup mengubah segala ketentuan Allah
s.w.t seperti menghalalkan yang haram,mengubah ayat-ayat Allah s.w.t
dan sebagainya sehingga Allah s.w.t mengunci hati mereka,lalu mereka
tidak dapat membezakan batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan
Rasul-Nya.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ لَا تُحَرِّمُواْ طَيِّبَـٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا
تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧)
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang
baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu
melampaui batas."
(Al-Maidah:87)
Firman ALLAH S.W.T:
كَذَٲلِكَ نَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٧٤)
Ertinya:
"Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas."
(Yunus:74)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
BERPUTUS ASA DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP.
Orang yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup
adalah mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang ditakdirkan
Allah s.w.t dalam usaha memperolehi rahmat Allah s.w.t. Sikap berputus
asa dalam menghadapi realiti hidup berpunca daripada kelemahannya iman
dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t,sedangkan disebalik
kegagalan itu ada tersirat sesuatu rahmat dan hikmah yang besar yang
akan diberikan Allah s.w.t.
Dalam islam,orang-orang yang berputus
asa dalam menangani kesusahan hidup adalah tergolong orang orang yang
sesat dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan
dan kebesaran Allah s.w.t yang boleh mengatasi segala sesuatu.
Firman Allah s.w.t:
قَالُواْ بَشَّرۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡقَـٰنِطِينَ (٥٥)
Ertinya:
"Sahut mereka:"Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
(Al-Hijr:55)
Allah s.w.t berfirman:
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ (٥٦)
Ertinya:
"Ibrahim berkata:"Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya,kecuali orang-orang yang sesat."
(Al-Hijr:56)
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ
Ertinya:
"Katakanlah:"Hai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t."
(Az-Zumar:53)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَآ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةً۬ فَرِحُواْ بِہَاۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ
سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيہِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ (٣٦)
Ertinya:
"Dan apabila Kami merasakan suatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka
gembira dnegan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa sesuatu
musibah(bahaya)disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan
mereka sendiri,tiba-tiba mereka berputus asa."
(Ar-Rum:36)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMBAZIR DALAM MEMANFAATKAN NIKMAT ALLAH S.W.T
Islam menyuruh umatnya hidup serba sederhana dalam segala aspek dan
melarang membazir dalam menikmati segala kurniaan Allah s.w.t.Segala
harta yang dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang
bertentangan dengan syariat islam.
Firman Allah s.w.t:
وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا (٢٦)
Ertinya:
"Dan janganlah kamu membazirkan hartamu secara boros."
(Al-Isra':26)
Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya."
(Al-Isra':26)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
KELUH KESAH APABILA DITIMPA MUSIBAH.
Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami musibah yang ditakdirkan
Allah s.w.t yang hanya untuk menguji keimanan kepada Allah s.w.t.Oleh
itu setiap muslim yang beriman kepada Allah s.w.t,tidak seharusnya
merasakan keluh kesah apabila mendapat sesuatu musibah atau bahaya yang
ditentukan oleh Allah s.w.t kerana itu tergolong orang-orang munafik
yang tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعً۬ا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا (٢١) إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ (٢٢)
Ertinya:
"Apabila ia ditimpa kesusahan,ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat
kebaikan ia amat kikir,kecuali orang yang mengerjakan solat."
(Al-Ma'rij:20-22)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGKHIANAT SESUATU AMANAH.
Mengkhianat sesuatu amanah adalah seseorang yang mendapat kepercayaan
daripada orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanah yang dipercayakan
kepadanya.Dalam islam amanah wajib dijaga dan dipelihara agar tidak
menghilangkan kepercayaan dan kejujuran.
Perbuatan mengkhianati
sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang-orang yang
akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ
وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٧)
Ertinya:
"Hai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah s.w.t dan
Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan
kepadamu sedangkan kamu mengetahui."
(An-Anfal:27)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad,Bazzar dan Tabrani)
Ada ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan
solat,puasa,mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh,tetapi
tidak beramanah terhadap sesuatu,maka menjadi sia-sialah amal mereka dan
tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah s.w.t.
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.
Mencadangkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim adalah dituntut
dalam islam.Oleh itu,seseorang yang memutuskan tali silaturrahim akan
menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan sahabat handai dan sesama
muslim bahkan termasuk ciri-ciri orang manafik.
Firman Allah s.w.t:
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)
Ertinya:
"Dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t yang dengan nama-NYA kamu saling
meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan
silaturrahim.Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menjaga dan mengawasi
kamu.'
(An-Nisa':1)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan,maka hendaklah ia menyambung silaturrahim."
(HR.Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN MUSLIMIN.
Islam meyuruh umatnya agar hidup bersatupadu dalam kesatuan aqidah dan
iman.Justeru itu,perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian
natara sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana akan menyebabkan
pengabaian terhadap amanah Allah s.w.t sebagai khalifah dalam mentadbir
kehidupan ummah,sikap demikian boleh membawa kepada kejatuhan dan
kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah
s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ
جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ
إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم
بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا
Ertinya:
"Berpegang teguhlah kamu
sekalian kepada tali(agama)Allah s.w.t dan janganlah kamu berpecah belah
dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t ke atas kamu ketika kamu telah
bermusuhan,lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi saudara dengan
nikmatnya."
(Ali Imran:103)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا
تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ
إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِىٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِىٓ إِلَيۡهِ
مَن يُنِيبُ (١٣)
Ertinya:
"Dan janganlah kamu berpecah
belah dalam agama.Berat bagi orang-orang musyrik(menerima)apa yang kamu
sarakan kepada mereka(mengesakan Allah s.w.t),Allah s.w.t memilih
kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuk siapa yang kembali
kepada-NYA."
(Asy-Syura:13)
Orang yang suka memecahbelahkan
perpaduan umat Islam adalah tergolong orang munafik yang sentiasa
memusuhi islam secara myata dan mereka patut diperangi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan
keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan
persatuanmu,maka bunuhlah dia."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara
baru.Barangsiapa memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini,maka
pukullah ia ddengan pedang,siapapun dia orangnya."
(HR.Muslim)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM. (bagi aku Halal & kamu Haram)
Dalam syariat Islam segala sesuatu yang halal atau haram adalah jelas
sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah.Justeru itu,umat
Islam tidak boleh atau dilarang menghalalkan sesuatu yang telah
diharamkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA.Perbuatan menghalalkan yang
haram dan mengharamkan yang halal adalah berdosa besar hukumnya dan
tergolong amalan orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ
ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ
عَلِيمٌ۬ (١)
Ertinya:
"Hai orang-orang yang
beriman,janganlah kamu mendahului (dengan perbuatan atau
perkataan) sebelum Allah s.w.t dan Rasul-NYA dan takutlah kepada Allah
s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui."
(Hujurat:1)
Firman Allah s.w.t:
تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧)
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan (makanan) yang
baik-baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu
melampaui batas. Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang yang
melanggar batas."
(Al-Maidah:87)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُڪُمُ ٱلۡكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌ۬
وَهَـٰذَا حَرَامٌ۬ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ (١١٦)
Ertinya:
"Janganlah kamu berkata dusta menurut yang diterangkan oleh lidahmu
sendiri. Ini halal dan ini haram, supaya kamu mengadakan dusta terhadap
Allah s.w.t. Sesungguhnya orang yang mengadakan dusta terhadap Allah
s.w.t tiada perolehi kemenangan."
(An-Nahl:116)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MEMBUAT KEROSAKAN DIMUKA BUMI. (Melampau dalam semua perkara)
Islam menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera
berlandaskan iman dan takwa. Setiap muslim wajib menjauhi dan
meninggalkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan diri
sendiri, masyarakat, agama dan negara. Oleh itu, seseorang yang melakukan
kerosakan di muka bumi ini seperti maksiat dan segala bentuk dosa kecil & besar
adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dimurkai Allah s.w.t dan
akan mendapat balasan azab dari-Nya di hari akhirat.
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا
نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن
لَّا يَشۡعُرُونَ (١٢)
Ertinya:
"Apabila dikatakan kepada
mereka:" Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi'. maka jawab
mereka:'Hanya kami berbuat kebaikan. Ingatlah sesungguhnya mereka itu
berbuat bencana,tetapi mereka tiada sedar."
(Al-Baqarah:11-12)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ
ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ (٢٠٥)
Ertinya:
"Apabila ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan
merosakkan tanaman dan anak-anak. Dan Allah s.w.t tiada mengasihi
kebinasaan itu."
(Al-Baqarah:205)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)
Ertinya:
"Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah
s.w.t tiada mengasihi orang-orang yang berbuat bencana itu.'
(Al-Qasas:77)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENUDUH ORANG BERIMAN BODOH.
Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki
ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang
memudaratkan. Justeru itu, mereka mudah menuduh orang beriman bodoh atau
kurang ilmu pengetahuan dalam menangani urusan kehidupan.
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ
أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ
ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ (١٣)
Ertinya:
"Apabila dikatakan mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana manusia
beriman', Mereka berkata: 'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang
bodoh yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang
sebenarnya bodoh,tetapi mereka tidak menyedarinya."
(Al-Baqarah:13)
Berdasarkan ayat diatas,jelas orang-orang yang munafik adalah golongan
yang bodoh kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan
serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIQ.
MENGUBAH, MEMUTAR BELIT DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH S.W.T
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia adalah
suci, mengandungi kebenaran yang hak, sentiasa sesuai sepanjang zaman dan
terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau
merosakkannya. Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas, cuba mengubah dan
mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut kehendak )hawa napsu) sendiri atau kerana
didorong oleh kepentingan tertentu (bukan semata-mata kerana Allah - Lillaahi), maka mereka adalah termasuk golongan
orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat
islam,Al-Quran dan sunnah.
Firman Allah s.w.t:
وَءَامِنُواْ
بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ
كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬
وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)
Ertinya:
"Dan berimanlah kamu
kepada (Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan (kitab) yang ada serta
kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir (ingkar) dengan dia dan
janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah
kepada-Ku."
(Al-Baqarah:41)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja, maka tempatnya dalam neraka."
(HR.At-Tarmizi)
MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT GOLONGAN PASIK & MUNAFIK
BERASA GEMBIRA APABILA MUSIBAH MENIMPA ORANG BERIMAN.
orang munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum
muslimin. Oleh itu, apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat
sesuatu musibah mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada
masyarakat sambil memperlihatkan simpati dan kesedihannya.Tetapi pada
nasib malang yang dialami oleh kaum muslimin.
Firman Allah s.w.t:
إِن تُصِبۡكَ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡۖ وَإِن تُصِبۡكَ مُصِيبَةٌ۬
يَقُولُواْ قَدۡ أَخَذۡنَآ أَمۡرَنَا مِن قَبۡلُ وَيَتَوَلَّواْ وَّهُمۡ
فَرِحُونَ (٥٠)
Ertinya:
"Jika kamu mendapat
kebajikan, nescaya menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa
musibah (bala - cobaan), mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada
dahulu, lalu mereka berpaling dengan sukacita."
(At-Taubah:50)
Orang munafik tidak akan senang, tetapi jika kamu ditimpa musibah (bala - cobaan), mereka berkata:"Sesungguhnya
kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan
Sukacita (bergembira). "Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.
4. "NYA" SYIRIK
terhadap hak & kekuasaan mutlak zat الله (merampas, mendahului, sekutui serta
diadakan tandingan & bandingan bagi hak & kekuasaan mutlak (zat) الله.
Bermulanya Syirik khafi (samar : kecil - alam niat : i'ttiqad) dengan I'ttiqad (yakin qalbu) Riya', Ujub, Sum'ah, Takabbur... kemudian zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak (zat) Allah... "taksub : memuja diri sendiri : TAKSUB kepada berhala manusia berkupiah-serban, berjubah & berjanggut - Padahal taksub semata-mata kepada Allah), Memuji diri sendiri : memuji berlebihan - bodek, Padahal segala pujian hanya bagi Allah, Membersih, menyucikan serta menghapuskan dosa diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jemaah, partiNya... padahal tidak ada sesiapa pun yang berhak @ berkuasa untuk membersih & menyucikan dri aib/dosa serta maksiat/kejahatan diri melainkan Allah.
Rasulullah SAW bersabda
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ
اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ الرِّيَاءُ
SesungguhNya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah adalah Syirik kecik (khafi - samar-samar); para sahabat bertanya : wahai rasulullah apakah syirik kecil ? Rasulullah menjawab "Riya" (termasuk Ujub, Suma'ah, Takabbur)
[HR.
Ahmad]
Riya',
Ujub, Sum'ah, Takabbur itu bermula pada i'ttiqad (yakin qalbu) kemudian
zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan anggota jasad yang
menjadi pakaian golongan manusia yang telah diresapi i'ttiqad (yakin
qalbu) Syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah - Yahudi (al-Yahud),
Syiah (Syiaeyyah-baru), Nasrani ; Trinity (an-Nasyoro) yang menjadi
punca kerosakan dimuka bumi Allah ini sampai qiamat...
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَ جَلَّ لاَ يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ
“Sesungguhnya
Allah tidak menerima suatu amal (ibadah) perbuatan (kebenaran,
kebaikan, dikebajikan dialam jasad) kecuali yang murni dan hanya
mengharap redha Allah”.
[HR. Abu Dawud dan Nasa’i]
Lawan daripada" ikhlas - REDHO" adalah "syirik - LAKNAT" (menjadikan bagi hak-hak mutlak Allah
tandingan / sekutu di dalam beribadah, atau beribadah kepada Allah tetapi
juga kepada selain-Nya). Contohnya : RIYA’ (memperlihatkan amalan pada
orang lain), SUMA'AH (memperdengarkan suatu amalan pada orang lain),
ataupun UJUB (berbangga diri dengan amalannya), TAKABBUR (hanya dia saja yang betul dalam semua perkara). Kesemuanya itu adalah SYIRIK yang wajib dijauhi oleh seorang hamba agar ibadahnya itu diterima
oleh Allah
Adalah amat jelas pemimpin, lebai kelaghoh & ahli taksub (bukan ahli biasa) "NYA" telah berI'ttiqad (yakin qalbu > akal) syirik (merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak Allah) yang dilaknati Allah, Maka gugur lah I'ttiqad - niat (yakin qalbu) & amal (cara, sifat, kata-kata, perbuatan) yang DIREDHOI Allah - golongan "al-Islam - Islam" berpindah/bertukar menjadi golongan yang berI'ttiqad yang DILAKNATI Allah (kerana melakukan syirik...Riya', menunjuk-nunjuk) - Golongan "alYahud - Yahudi".- Non Muslim & Muslimah.
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab (Zabur : Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-Quran), berimanlah kamu
dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan
Kitab-Kitab (Zabur : Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu (selama mana kamu tidak selewengkan serta salah gunakan - bukan semata-mata kerana Allah : Lillaahi), sebelum Kami menyeksa dengan
menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak
bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti
rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami
telah melaknatkan orang-orang (salah satu dari kaum mereka - Yahudi sebelum kamu) yang melanggar
larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu
tetap berlaku.
(An-Nisaa' 4:47)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (terhadap hak-hak mutlak zat Allah dengan "cara, sifat, kata-kata, perbuatan)
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa
yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan (merampas : mendahului serta diadakana tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak zat) Allah (dengan sesuatu yang
lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:48)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang membersihkan (memuja, memuji, menyucikan & menghapuskan dosa) diri sendiri? (kaum, puak, jemaah, partinya, padahal
perkara itu bukan hak / kekuasaan manusia) bahkan Allah jualah yang berhak
membersihkan (memuja,memuji, menyucikan & menghapuskan dosa) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan
balasan mereka) sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:49)
Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan
(berkata-kata) perkara-perkara dusta terhadap (hak-hak mutlak zat) Allah? Dan cukuplah perbuatan itu
menjadi dosa yang terang nyata.
(An-Nisaa' 4:50)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)?
Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah,
dan kepada Taghut (berhala manusia, jinn kuffar, syaitan, iblis, berhala), dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir
(mulhid - kaum musyrik (berhala) di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik (berhala) itu) lebih betul
jalan agama (tauhid & i'ttiqad) nya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad
s.a.w).
(An-Nisaa' 4:51)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang
Yahudi (yang beri'ttiqad syirik dilaknati Allah) "Haadu", kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang
dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka
bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta (munajat) kepada Allah supaya kamu
dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
(Al-Jumu'ah 62:6
buat apa hidup lebih lama, kalau sudah layak masuk syurga -
karang tergelincir... maka neraka lah jawabNya... kan kan kan !!!
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati
itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa (syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah) yang mereka telah lakukan;
dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
(Al-Jumu'ah 62:7)
Inilah bahaya-bahaya syirik:
قَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ رضي
اللّٰه عنهما سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللّٰه عليه وسلم يَقُولُ
مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ ، وَقُلْتُ أَنَا
وَمَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ (رواه
مسلم)
"Ibnu Numan رضي اللّٰه عنهما berkata, "Saya mendengar
Rasulullah صلى اللّٰه عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa meninggal dalam
keadaan menyekutukan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah dengan sesuatu, maka ia masuk neraka," Dan
aku berkata : "Orang yang meninggal dengan tidak menyekutukan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah
عزوجل dengan sesuatu (niscaya) masuk surga" (Hr Muslim :134).
SYIRIK ADALAH KEZALIMAN (pada diri sendiri) YANG BESAR
لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ, إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya mempersekutukan (zat & hak-hak mutlak zat Allah عزوجل ) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(Qs Lukman 31:13)
SYRIK MENGHANCURKAN SELURUH AMAL
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ
أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan Sesungguhnya Telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi)
yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutukan (zat & hak-hak mutlak zat
Allah), niscaya akan
hapuslah amalmu (Ibadah & amal kebenaran, kebaikan, kebajikan dialam
jasad) dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugikan diri
sendiri. (Qs
Az-Zumar 39:65)
SYIRIK ADALAH DOSA YANG TIDAK DI AMPUNKAN ALLAH سبحانه وتعالى
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ
ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً
عَظِيماً
48. Sesungguhnya Allah عزوجل tidak akan
mengampuni dosa syirik (terhadap zat & hak-hak mutlaknya - Allah), dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari
(syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang
mempersekutukan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah, Maka sesungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
(Qs
An-Nisa’4:48/116)
PELAKU SYIRIK DI HARAMKAN MASUK SURGA
إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ
الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan zat & hak-hak kekuasaan mutlak zat) Allah,
Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempat kembalinya ialah
neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
(Qs
Al-Maidah 5:72)
SYIRIK ADALAH DOSA PALING BESAR
إِنَّ
اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن
يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدا
116. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (hak-hak kekuasaan sesuatu)
dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik (terhadap hak-ak mutlak zat Allah) bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan
Allah, Maka Sesungguhnya meeka telah tersesat sejauh-jauhnya.
(Qs
An-Nisa’4:116)
SYIRIK ADALAH PERKARA PERTAMA YANG DI HARAMKAN ALLAH
قُلْ تَعَالَوْاْ أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلاَّ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً
151. Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh
Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan (zat & hak-hak mutlak zat Allah) sesuatu dengan Dia.
(Qs
Al-An’am 6:151)
DOSA SYIRIK MENYEBABKAN KEBINASAAN DI AWAL, DI TENGAH DAN DI AKHIR PERJALANAN SEORANG HAMBA
حُنَفَاء لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاء فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي
بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
31. Dengan ikhlas kepada
Allah سبحانه وتعلى , tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia.
barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan (hak-hak kekuasaan mutlak zat) Allah, Maka adalah ia
seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau
diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
(Qs Al-Hajj 22:31)
PELAKU KESYIRIKAN ADALAH NAJIS (KOTOR) AQIDAHNYA : IMAN (note :
Musyrik : mulhid - berhala : api/matahari, komunisme, atheist).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ...
28. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis [634], (Qs At-Taubah 9:28)
[634] Maksudnya: jiwa musyrikin itu dianggap kotor, Karena menyekutukan Allah عزوجل
MENYEBABKAN PENYESALAN YANG TIDAK TERBAYARKAN
وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَى مَا أَنفَقَ
فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ
أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَداً (٤٢) وَلَمْ تَكُن لَّهُ فِئَةٌ
يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مُنتَصِراً (٤٣)
42. Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua
tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia Telah belanjakan untuk
itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata:
"Aduhai kiranya dulu Aku tidak mempersekutukan (hak-hak mutlak) seorangpun dengan
Tuhanku". 43. Dan tidak ada bagi dia segolonganpun yang akan
menolongnya selain Allah ; dan sekali-kali ia tidak dapat membela
dirinya.
(Qs Al-Kahfi 18 : 42-43)
AMALAN ORANG YANG SYIRIK (al-Yahud, an-Nasyoro, Syiaeyyah - baru) BAGAIKAN DEBU YANG BERTERBANGAN.
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُوراً
23. Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan[1062], lalu kami
jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
(Qs Al-Furqon 25:23)
[1062] yang dimaksud dengan amal mereka disini ialah amal-amal mereka
yang baik-baik yang mereka kerjakan di dunia amal-amal itu tidak dibalasi
oleh Allah عزوجل (dengan pahala) karena mereka tidak beri'ttiqad (uluhiyyah) & tauhid (rububiyyah) yang benar.
KESYIRIKAN ADALAH SEBAB MUNCULNYA RASA TAKUT
سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُواْ
بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ
وَبِئْسَ مَثْوَى الظَّالِمِينَ
151. Akan kami masukkan ke
dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka
mempersekutukan (hak-hak mutlak zat) Allah dengan sesuatu yang Allah سبحانه وتعلى sendiri
tidak menurunkan keterangan tentang itu. tempat kembali mereka ialah
neraka; dan Itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang
zalimi diri sendiri.
(Qs Ali’imran 3 : 151)
SYAITAN BERKUASA TERHADAP PELAKU KESYIRIKAN
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُم بِهِ مُشْرِكُونَ
100. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang
yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang
mempersekutukannya (Syaitan) dengan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah.
(Qs An-Nahl 16:100)
KESYIRIKAN ADALAH SEBAB CELAAN DAN HILANGNYA TAUFIQ DARI ALLAH عزوجل
لِيُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي يَخْتَلِفُونَ فِيهِ وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّهُمْ كَانُواْ كَاذِبِينَ
39. Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. dan
janganlah kamu mengadakan Tuhan yang lain di samping Allah سبحانه
وتعلى, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan
tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah).
(Qs Al-Isra’17:39)
SYIRIK ADALAH TERMASUK DOSA BESAR YANG MEMBINASAKAN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي اللّٰه عنه عَنْ النَّبِيِّ صلى اللّٰه
عليه وسلم قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا yيَا
رَسُولَ اللَّهِ J وَمَا هُنَّ قَالَ J الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ
وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ
الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ
وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات
ِ“Dari
Abu Hurairah dari Nabi صلى اللّٰه عليه وسلم bersabda; "Jauhilah
tujuh dosa besar yang membinasakan. " Para sahabat رضي اللّٰه عنهم
bertanya; 'Ya Rasulullah صلى اللّٰه عليه وسلم , apa saja tujuh dosa
besar yang membinasakan itu? ' Nabi صلى اللّٰه عليه وسلم menjawab;
"menyekutukan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah سبحانه وتعالى ,
sihir, membunuh jiwa yang Allah
عزوجل haramkan tanpa alasan yang benar, makan riba, makan harta anak
yatim, lari (belot) dari medan perang, dan menuduh wanita mukmin
baik-baik
melakukan perzinahan.\"(Hr Al-Bukhari :6351)
SYIRIK ADALAH SARANG TAHAYUL DAN KHURAFAT
Karena meyakini Tahayul dan Khurofat, akhirnya Para normal dan
Dukun Penyesat laku di pasaran , dan juga tukang sihir, Para Astrologi
(tukang nujum) dan sebagainya.
SYIRIK MERUSAK SEGALA IBADAH & PERBUATAN YANG BERMUNAFAAT
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ
وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ
اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُون
18. Dan mereka
menyembah selain daripada Allah, apa yang tidak dapat mendatangkan
kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemunafaatan, dan mereka
berkata: "mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah
سبحانه وتعالى ". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah
apa yang tidak diketahuiNya baik di langit dan tidak (pula) dibumi?
Maha Suci Allah سبحانه وتعالى dan Maha Tinggi dan apa yang mereka
mempersekutukan (hak-hak kekuasaan mutlak zat Allah itu).
(Qs Yunus 10 : 18 )
SYIRIK ADALAH
MERENDAHKAN MARTABAT ALLAH YANG MAHA SEGALA-GALANYA ,DAN RASULULLAHصلى
اللّٰه عليه وسلم SEBAGAI UTUSAN-NYA
Syirik adalah musuh
iman (Aqidah) dan Tauhid-1 (rububiyyah), apabila seseorang senantiasa bergelimang dengan dosa
Syirik, maka hidupnya akan sengsara di Dunia maupun kelak di akhirat.
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ
دَبِيبِ النَّمْلِ فَقَالَ لَهُ مَنْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ وَكَيْفَ
نَتَّقِيهِ وَهُوَ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ يَا رَسُولَ اللَّهِ j
قَالَ قُولُوا }اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ
شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُ {
"Wahai sekalian manusia, takutlah kalian terhadap syirik (terhadap hak-hak mutlak zat Allah) karena dia
lebih halus dari langkah semut." Kemudian seseorang bertanya, "Wahai
Rasulallah صلى اللّٰه عليه وسلم , bagaimana kami harus menghindarinya,
sementara dia lebih halus dari langkah semut?" Maka beliau menjawab:
"Bedo'alah dengan membaca:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ
شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُ
{ 'ALLAHUMMA INNAA NA'UUDZU BIKA MIN AN NUSYRIKA BIKA SYAIAN NA'LAMUHU WA NASTAGHFIRUKA LIMAA LAA NA'LAMUHU }
(Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu
dengan sesuatu yang kami mengetahuinya dan kami meminta ampun kepada-Mu
terhadap apa yang kami tidak ketahui).'\"(Hr Imam Amad dengan sanad
shahih)
5. ADAKAH "NYA" BELUM MURTAD
(yartadda : yartadid mingkum undeeneh) - berpaling tadah dari tauhidkan
zat Allah maha Esa wajib wujud hanya Satu - Ahadun, Wahidun...belum zahir cara, sifat, kata-kata, perbuatan :
... berbilang-bilang tauhid (pluralisme),
... kesamarataan tauhid (libralisme) > Mulhid : Atheis (komunisme)?
Apakah zat Allah itu boleh disamakan dengan God : Gott : Elohim : Yahweh : Kurios : Teos : Yesus : Gusti n lain2Nya ???
Note :
apa lagi yang "NYA" ada untuk dibawa menemui Allah setelah tamat anugerah hidup ini - goll (go to hell) ???
///
AbYunan.
Ex. Warrant Officer (WO YoS Anlystrategic SD*special duty) (B)
Cicit TG Tuan Padang III, Kelantan
Zuriat Sheikh Abdul Halim, Yunan.